
Ni la kali pertama keluar dari maktab ke town. Kita kan kena orientasi 2 minggu, sampai tak nampak langit. Keluar solat Jumaat naik bas, barulah terasa yang dunia ni luas sebenarnya. Depa (senior) henyak kita sungguh-sungguh. Pukul 2.30 pagi pun mai ketuk pintu konon nak spotcheck rokok. Punya la pack jadual sampai mata dok nampak dewan, dewan makan dan bilik tidur je.
Kali pertama keluar dengan kawan-kawan baru, terus pergi kebun bunga. Tengok la muka kami, macam budak sekolah menengah je, padahal umur dah 22.
Fuh, ana slim betul le zaman tu. Maklumlah, 47.5 kilogram. Sekarang sudah 65 kilo. Teringat kami pergi berbuka puasa ramai-ramai di Komtar. Lawan timbang berat dengan Suriani. Dia lagi berat, padahal kecil molek je orangnya. Saya 47.5 kg, Suriani 48.5 kg. Macam tak caya saya lebih ringan. : )