Wednesday, November 18, 2009

Uddate Kenangan M4P 18/11/09

Beraya Haji di Taiping (part 3)

Sepatutnya gambar ni part 2. Tak pe lah.

Saya bawak budak-budak ni pi beraya ke rumah kawan nama Umi. Pekena laksa kalau tak silap. Depa buat-buat sopan le tu konon. : )

*Ada 3 gambor semua, siap dengan penjelasan dan kutukan berapi : ) Jom ke sini

Beraya Haji di Taiping (part 3)

Sepatutnya gambar ni part 2. Tak pe lah.

Saya bawak budak-budak ni pi beraya ke rumah kawan nama Umi. Pekena laksa kalau tak silap. Depa buat-buat sopan le tu konon. : )

Beraya Haji di Taiping (part 2)

Wokeh, baju dah tukar. Tadi tu eksyen je pakai baju Melayu, depa ni bukan pi sembahyang raya pun, bermalas-malas di tempat tidur. Padahal surau sebelah rumah dan speaker memang hala ke bilik tempat kami tidur, hehe. Lawak betoi la budak-budak ni. Tak pe, saya wakil pi sembahyang kira ok la.

Sekarang kami nak pergi bandar Taiping. Nak tau kami buat apa? Saya pergi 'jamming' ngan kawan-kawan kat studio. Maklumlah, nak berjumpa bukan senang, masing-masing dok jauh. Depa tiga orang ni pulak pi main billiard. : )

Memang raya korban sungguh kami tahun tu. : )

Beraya Haji di Taiping

Kat depan tangga rumah saya di kampung. Saya bawa balik kutu tiga ekor beraya di kampung, sebab raya haji kan tak lama cutinya. Dalam gambar- Hayazi, Shimsol dan Soffian. Tukang ambil gambar ialah bro Noorli kite.

Monday, November 16, 2009

First Time Keluar

Ni la kali pertama keluar dari maktab ke town. Kita kan kena orientasi 2 minggu, sampai tak nampak langit. Keluar solat Jumaat naik bas, barulah terasa yang dunia ni luas sebenarnya. Depa (senior) henyak kita sungguh-sungguh. Pukul 2.30 pagi pun mai ketuk pintu konon nak spotcheck rokok. Punya la pack jadual sampai mata dok nampak dewan, dewan makan dan bilik tidur je.

Kali pertama keluar dengan kawan-kawan baru, terus pergi kebun bunga. Tengok la muka kami, macam budak sekolah menengah je, padahal umur dah 22.

Fuh, ana slim betul le zaman tu. Maklumlah, 47.5 kilogram. Sekarang sudah 65 kilo. Teringat kami pergi berbuka puasa ramai-ramai di Komtar. Lawan timbang berat dengan Suriani. Dia lagi berat, padahal kecil molek je orangnya. Saya 47.5 kg, Suriani 48.5 kg. Macam tak caya saya lebih ringan. : )

Dengan Baju Guitar Ensemble/ Essembel

Tak reti saya nak mengejanya nama kumpulan gitar M4P ni. Gambar ni di rumah sewa Villa Pemancar tu la. Baju tu guitar ensemble punya le tu. Kami ada show kat hotel apa ntah, Equotorial kot. Gitar tu pula Nik Mizre (Mizran) yang punya. Entah ke mana lesap budak ni, sem 3 dia balik kampung.

Amacam, ada gaya tak? Tak dak gaya pun buat-buat la macam ada gaya. : )

Atas Bas ke PPL

Masa nak pergi PPL (betul ke singkatannya?) Program Pendidikan Luar. Ustaz Nasir baca doa selamat. Yang duduk kat belakang semua geng jahat! : )

Dari kiri- Aziz, Ustaz (spek itam lagi ngko), Shimsol, Aswat, Hayazi, Noorli, Soffian, Mahimi dan Rosni.

Aswat macam biasa la, menyuap aje kerjanya. : )

Hikmat Terbang Bangau

Kita kan ada ujian kecergasan? Siap ambil markah tu. Kelas 4CMC tidak terkecuali. Dalam acara lompat tinggi ni, ana berada di tempat ketiga. Nombor satu Shimsol Melaka. Naib Johan Hayazi Kedah.

Aswat? Noorli? Geng-geng tu tak boleh pakai! : ) . Lompat longkang boleh la. Hihi. Sori Aswat, Noorli, jangan marah aaa...... : )

Ni la masa aku nak kutuk hangpa, dah lama tak kutuk-mengutuk, sesekali hentam sedap lazat lemak berkrim jugak rasanya. : )

Di Lokasi 'Pasir Salak'

Ni masa 'posting' di Chegar Galah dengan Hamdan Talib. Di belakang sekolah tu Sungai Perak. Di tepi sungai tu ada satu perkampungan kecil, buatan, untuk penggambaran filem Pasir Salak oleh Jins Shamsuddin. Tapi entah berapa kali kampung kecil tu runtuh dilanda angin kuat, filem idak juge jadi-jadi sampai le sekarang.

Masa ni waktu p&p, buat lawatan le konon ke belakang tu. Sekali kena kejar dengan kerbau, nasib baik dia kejar sekerat jalan. Kalau tidak, mau cedera parah budak-budak aku. Banyak kerbau kat sana, ada orang bela.

Rumah-rumah di kampung buatan ni kebanyakannya cantik sebelah depan saja, sebelah belakang tu dinding sekeping, macam pembikinan filem kat Hollywood tu la.

Memasak Le Pulak!

Kita kan kena masuk kelas memasak sekali masa di maktab? Kami masak apa entahlah, dah lupa jugak. Semua pakai apron. Muffin ke biskut ke apa ke?

Dari kiri- Mahimi, Noorli kot, Syafini, Shukri, Norliza...n macam biasa... hero : ) Hehe, perasan tak abis! Sifat mazmumah nih! : )

Sunday, November 15, 2009

Joget Round 2

Kiiih kih kih! Ini tarian 'hapakebendantah' nama dia. Dari kiri- Shimsol, Hamdan n Faizal. Allahhh... teringat zaman muda-muda ni sakit perut dok ketawa.

Menari Joget : )

Satu malam tu, saya dengan Hamdan naik syeikh apa entah, kami pasang lagu n berjoget. Tension kot time tu. Macam-macam kerenah kami zaman jahilliyyah dulu, tapi yang nakal-nakal je, yang jahat-jahat kami tak buat : )

Gambar ni kat rumah sewa kami di jalan pemancar. Ramai dok situ. Zaidong pun ada. Lagi Abang Usop, Shahrudin, arwah Pok Ya, Narmi, Nik Mizran, Azman, Aznan, Shimsol, Faizal Hamdi..... ramai lagi. Dah lupa la. Nak kena makan kismis banyak ni. : )

Geng Cekak di KL

Allahu Akbar! Ni dia geng Silat Mencekik. Kami pi buat demo di Dataran Merdeka, lebih 1,000 orang dari seluruh tanah air. Demo silat la, bukan demo anti-ISA ke apa ke. : )

Haaa... hangpa dok tertanya-tanya macam mana la rupa Shida n Norma kan? Ada kat dalam gambar ni. Elok la tak clear, clear satgi depa marah pulak, coz tak minta kebenaran dulu nih : ) hehe.

Srikandi dulu- Dari kiri... dah lupa nama. Yang kedua tu Pendekar Harimau Sakti Norsida dan di sebelahnya tak lain ialah Mahaguru/ Mak Guru Norma Gayong Berantai. : )

Srikanda pulak- dari kiri cepat jalan- Hero (aku le tu, hero cekeding, sekali angin tiup aku terpelanting), Panglima Sobri, Laksamana.... (lupa dah), Mahaguru Hasmawi (kenduri kahwin dia saya pi dulu), Hulubalang.... (lupa jugak), Panglima Besar Panji Alam Semesta- Mat Dan (mana la hang menghilang Mat Dan oi), Sifu Meor dan Dato' Setia Perkasa Fazli.

Reunion di Cameron?

Ni gambar lama masa di maktab. Dari kiri- Noorli, Soffian & Hayazi. Tahun 2008 kami ada berjumpa di Cameron Highland. Semua dah beranak-pinak.

Hayazi memang sejak zaman-berzaman di Cameron. Sekali tu saya saja melawak dengan Noorli dalam telefon, kata nak jumpa di rumah Yazi time cuti sekolah. Satu pagi tu tiba-tiba si Pok Li ni telefon, dia tanya lebih kurang, "Woi Pian, aku doh kat rumah Yazi doh ni. Awak mung dok sampai lagi?" Cheh, dia datang sungguh budak ni! Pagi tu jugak saya anak beranak memanjat Cameron.

Pok Li duduk di Ganu. Kebetulan adik Hayazi dok sana jugak. Perangai lebih kurang abang dia ja. So Noorli n adik Yazi naik dari Tganu, saya naik dari Ipoh, jumpa le kami di Cameron. Noorli punya badan macam ahli gusti daa. Aku ngan Yazi gak mantain : ) hehe.

Yazi gelak besar tengok Pok Li dodoi anak dalam buaian, siap lagu lagi. : )

Kumpulan PUNAH

Masyaallah... Inilah dia kumpulan PUNAH. Pian, Ustaz, Noorli, Aswat & Hayazi = PUNAH : )
Dalam gambar dari kiri- Pok Li, Pian, Ustaz Nasir, Aswat, Hayazi

Kumpulan PUNAH ni regu dia kumpulan LISA- Dah lupa la siapa sebenarnya LISA ni. Kalau tak silap- Liza (Nolizawati kot), Ida (Mek Da), Suriani, Ani (Rosni). Entahlah, dah 13 tahun, lupa banyak dah. Dah tua-tua ni otak pun selalu jammed. : )

Gambar ni masa Pendidikan Luar kat Telok Bahang... ke mana ntah. Malam tu hujan lebat, khemah kami dimasuki air. Tak boleh tidur coz lantai khemah jadi anak sungai. Aswat tidur bawah pokok, dia sarung kepala n badan dia dengan plastik hitam sampah. Atas kering bawah basah. Tu pun lena jugak. : )

Ada pangkin untuk dapur. Kat bawah tu pun ada kutu pi merangkak n tidur. : )

Kenangan betul- petang tu geng pompuan masak cucoq. Lebih-lebih cucur tu dibiarkan terdedah. Hujan turun malam tu, cucur-cucur semua tenggelam dalam besen. Kami yang lelaki ni boleh pi gagau dalam besen tu, makan! Tu lah dia nama dia 'cucoq berendam'. Habis cakap u! : )